Monday 3 September 2012

D'sebalik Ulik Mayang

ASSALAMUALIKUM

Hurmm .. ramai kata ULIK MAYANG ini memuja 7 puteri dan haram jika menari dan menyanyi lagu ini .. tapi sekarang ramai jer yang membuat persembahan ULIK MAYANG . 

Jika dengar pendapat kawan2 ramai kata ada kisah di sebalikNye ?? .. Maaf kita bukan pakar =) just nak berkongsi cerita 

Sejarah Ulek Mayang



Lagenda menyatakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan telah berperahu ke laut untuk menangkap ikan. Sedang mereka di tengah laut tiba-tiba ribut menghambat dari segenap arah membawa ombak yang memukul jong yang dinaiki. Kesemua nelayan terhumban ke laut yang bergelora dan mereka terkapai-kapai menyelamatkan diri. Keletihan semakin mencengkam dan akhirnya mereka beralah dengan kekuasaan ombak yang melambung.
Landaan ribut menjadi reda dan tubuh para nelayan itu dihanyutkan ke pantai. Ajaibnya seorang demi seorang terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Hanya seorang sahaja yang tidak terjaga dan pada mulanya disangka mati. Apabila diperiksa nyata dia masih bernyawa namun tidak sedarkan diri.
Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa sedang jasadnya di sini, jiwanya masih berada di alam lain. Mereka memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali rakannya. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.
Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia namun Puteri itu memanggil bantuan seorang kakaknya. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang, menjadi enam kesemuanya.
Pertarungan semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Tatkala medan semakin memuncak itu muncullah Puteri ke-7, yang sulung, yang jauh lebih rupawan, kuat dan bijaksana. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.
“Aku tahu asal-usulmu”, kata Puteri ke-7.
“Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.”
Bomoh itu mempersembahkan nasi kuning kepada ketujuh-tujuh Semangat Puteri sebagai tanda terima kasih. Nelayan itu dibebaskan semangatnya dan kembali sedar.

1 comment:

  1. rindu nak menari tarian nie :)))) first time kita bawak watak puteri dua , kita kena histeria . sebab tak kuat . tapi lama2 dah okayy :)))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...