Sunday 30 June 2013

Berkahwin Dengan Bakal Suami Atau Isteri Sudah Telanjur?

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualikum , hari ini entry mungkin agak sensitif atau mungkin ada jugak yang berfikran negatif jadi di sini mohon jangan salah faham kerana hanya untuk berkongsi maklumat sahaja. Wani ada terbaca satu status di FB tentang " Kalau perempuan @ lelaki pernah terlanjur dengan pasangan patut ke bagitahu pada calon bakal suami @ isteri" *kisah silam dengan bekas kekasih atau masih lagi kekasih , okay macam-macam jugak la tengok kat comment ada yang negatif ada yang positif & ada lagi yang kata " perempuan yang kotor untuk lelaki yang jahat" *rasa nak bagi kaki. Jadi wani pun search la sikit blog-blog ustaz dan gama sikit tentang hukum-hukum nya , Jadi ini la yang wani jumpa .. Selamat Membaca

Sebagai seorang yang pernah terlanjur pada masa dahulu dan telah bertaubat kepada Allah swt. Tidak perlulah menceritakan perbuatan tersebut kepada bakal suami atau isteri anda, kerana hal ini sangat mengaibkan diri anda sendiri. Malah ia boleh menimbulkan perasaan kurang baik bagi pasangan anda apabila sudah mendengar cerita ini. Lebih baik disembunyikan sahaja perbuatan tersebut dari timbul pula masalah-masalah baru. Setiap manusia ada silapnya, segala kesilapan yang telah dilakukan cukup bertaubat kepada Allah dan tidak perlu diceritakan kepada orang ramai atau bakal pasangan anda.

Bagi sesiapa yang mengetahui bahawa pasangannya pernah terlanjur dengan orang lain pada masa dahulu, maka anda perlu ikhlaskan diri anda untuk menerima atau tidak, jangan letakkan perasaan kasih sayang dihadapan kerana ia sangat merbahaya pada masa akan datang nanti. Jika berlaku pergaduhan, kemungkinan besar peristiwa ini akan diungkit kembali. Kalau anda menerima bakal isteri atau suami anda dengan hati yang ikhlas atau ingin membimbingnya ke arah jalan yang benar (Islam) maka dipersilakan untuk meneruskan hajat anda, kerana niat anda sungguh murni dan dalam masa yang sama anda telah melaksanakan kerja dakwah dalam rumahtangga anda.



p/s : Tidak ada kena mgena dengan sesiapa hanya nak berkongsi.

Wednesday 19 June 2013

Tafsiran Bertunang

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum , agak lama tidak berblog jadi hari ini nak kongsi sikit la isu tunang ne, 
Bertunang merupakan salah satu perkara yang penting sebelum ke arah perkahwinan, persetujuan antara pihak lelaki dan perempuan,

"Jika salah seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang wanita untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah dikira bertunang walaupun ibubapa wanita itu belum lagi tahu dan kenal akan pihak lelaki. Adakah dikira betunang? Mohon penjelasan."

Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bermula akan makna PINANG dalam Islam atau hukum Feqah. Pinang bermaksud apabila pihak lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan setuju kepada hasrat lelaki tersebut, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.

Uztaz Azhar turut memberikan beberapa contoh peminangan samada melalui panggilan telefon mahupun SMS sebagaimana teknologi yang sedia ada dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Menurut pendapat ini, apabila seseorang wanita itu memberikan jawapan sebagai tanda dia suka dan setuju kepada hasrat tersebut, wanita itu telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut dan sesiapa yang tahu akan perkara tersebut dan masuk meminang pada masa berikutnya, hukumnya adalah haram.

Mengikut penjelasan Ustaz Azhar lagi, apa yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu moden pada hari ini dengan kehadiran rombongan majlis pertunangan dengan membawa hantaran adalah merupakan sekadar adat sahaja dan perkara kedua selepas hukum Islam yang utama.

Persoalan seterusnya mengenai kehadiran atau pengetahuan ibubapa apabila pihak wanita itu menjawab secara bersendiri akan hasrat pihak lelaki, adakah dikira sebagai bertunang juga? 

Dalam menjelaskan hal ini, Ustaz Azhar menerangkan bahawa jika perempuan itu yang persetujuannya sah pada syarak maka dengan ini pertunangan ini adalah sah. Bagaimana yang disebut ulamak sebagai perempuan yang persetujuannya sah pada syarak? Mereka adalah perempuan-perempuan yang waras, perempuan yang telah baligh, perempuan yang cerdik dan perempuan yang boleh membawa diri.

Yang berhajat hanya dengan persetujuan wali atau persetujuannya tidak sah pada hukum syarak antaranya adalah perempuan yang belum baligh, perempuan yang jenis lemah akal fikirannya atau seorang perempuan yang gila.

Apabila mendengar jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus ini, ternyata hukum Islam itu amat mudah dan proses menjejakkan kaki ke alam rumahtangga itu tidak sesukar sebagaimana yang kita bayangkan. Namun begitu, kita dibayangi oleh adat yang terpaksa kita tanggung untuk memenuhi kemahuan keluarga serta menjaga kepentingan pandangan masyarakat yang penuh dengan adat isiadat.

Saturday 18 May 2013

Long Distance Relationship

بسم الله الرحمن الرحيم



In long distance relationship, you need this :')

1. Patience - don't rush into every aspect
2. Trust - be true to one another
3. Commitment - never give up
4. Keep things fresh - Don't always call at the same time on the same day. 
5.Communicate - Discuss interesting topics. Keep the discussion healthy. Forget the world and the problems. Show it to each other that the long distance is working for you.


InsyALLAHwill remain long AMIN!

Monday 15 April 2013

Our Last Year Dinner

بسم الله الرحمن الرحيم

Hello guys ! Okay tinggal lagi dlam brp hari nak Final Exam dan tamat lah 3 tahun belajar di DGN untuk mendapatkan DIPLOMA . jadi sebelum habisnya Final Exam aku dan rakan-rakan membuat satu event class yang terakhir sebelum tamatnya Exam t :'( *amik felling jap .

Majlis Dinner ne tak la wat secara besar-besar macam kenduri kahwin buat setakat yang mampu jer . TQ kepada sponse-sponser yang membantu , last minit ada masalah time tu nasib baik la ada yang membantu . 

MAYANGSARI yang menjadi pilihan, ala yang depan Pantai tu jer 















Friday 5 April 2013

3 Days To Go VIVA

ASSALAMUALIKUM 


Hello April , Hey already April

Now we get busy for our last Final Project , yeah 3 Days to go 
Date : 8.4.2013 ,  Place : Dewan Besar PSMZA

Good Luck For all my member Programming Student 2013

Pray for us and Good Luck ^_^





GOOD LUCK DIP6 S4 , Our Last Final Year

Thursday 4 April 2013

PSMZA Konvokesyen Ke 10

ASSALAMUALIKUM 


Congratulation pada kakak2 & Abang2 yang dah berjaya tamat penhajian DIPLOMA di PSMZA
InsyALLAH , tahun depan kami pula yang konvo ^_< .
Tahun ini , ramai gila yang datang penuh Politeknik PSMZA dengan kedatangan keluarga , bila tengok rasa sebak pulak sebab I MISS My MOM :P, aku datang la jugak dekat poly selepas habis kelas nk wish congrats! pada teman lama sambil di temani BFF dia Faez Chew 
 . 


 Congrats! Nazirul Aqmal From Me & Faez









Saturday 9 March 2013

Difference Between Girl and Woman


ASSALAMUALIKUM 


New update for today , My New Story 
Okay, actually i'm confused about means of girl and woman
i'm already 21 years for this year . 
My mom always call me that i'm not a girl anymore but a women even 
My boyfriend also say me i"m not a girl but a women 


Well i try to search web .. to understand means of girl and women . just wanna to share :)



Girl

The term Girl refers to the female human starting from the very moment of the mother’s pregnancy. Until childhood and teenage years, the females are still considered as a girl but when they reach the adolescent period, others prefer to call them as young woman.




Woman

Woman or women is the term given for female humans who have reached the maturity period and adulthood commonly around 18 years old and above. Woman comes from an Old English word “wifman” which literally means “female human”.








Monday 28 January 2013

Congrats! Engagement

ASSALAMUALIKUM 


26.1.2013 that the date ,  Engagement from one of #DGNFam 

Congrats! To 

MuhdSabreeZacho  FeezaMar for your Engagement





Sunday 20 January 2013

Masa Tidak Menunggu Kita

ASSALAMUALIKUM 

Tahun 1992 - 2013

Alhamdulillah! selama 21 Tahun aku hidup di dunia ini , sudah banyak dosa yang telah aku lakukan *tiap manusia sntiasa melakukan kesilapan. Hidup ini kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang ada , aku bersyukur dilahirkan cukup sempurna =) Terima Kasih Mama yang menjaga aku selama 9 bulan didalam perut membawa aku ke sana ke sini dengan keadaan sarat mengandung :"(. YA ALLAH bertapa besarnya pengorbanan seorang Ibu .

Pn Rozilah Kamidi 

Selama 21 Tahun aku Hidup di dunia dan masih bernafas Alhamdulillah =), tiba-tiba teringat masa mula-mula masuk sekolah , aku nak cepat membesar nak habis sekolah selepas itu nak kerja hahaha kelakar kan aku langsung tak fikirkan pun tangunggjawab masa itu yang tahu nak cepat-cepat membesar dan sekarang aku sudah pun genap 20 tahun dan pada tahun 2013 ini juga aku bakal genap ke 21 tahun, Wahhhh ! 21 tahun dah ke, tak percaya langsung tapi ramai yang kata aku ne 23 tahun :0 Adohai ! tua sangat agaknya hahaha tapi tak pe la nampak kematangannya di situ he3..


14 Year


15 Year


SPM Year! 17 Year


Hey I'm 20 Years =)




Tuesday 1 January 2013

Hey 2013 !

ASSALAMUALIKUM 

Wahhhh Already 2013
 010313



Masa berlalu dengan pantas sudah Tahun Baru ,
Kini aku bakal berumur 21 Tahun dan Insyallah Thun ini juga aku akan tamat pengajian ku di PSMZA
selama 3 Tahun aku duduk kat Dungun ini demi pengajian ku :)

Tahun 2012 , hurmm penuh dengan dugaan yang datang . Kekecewaan , Tangisan, Kepahitan, Putus Asa semuanya ada , aku cuba untuk kuat menghadapinya walaupun pahit dan sakit untuk terima .
Walaupun kini sudah setahun berlalu, aku masih lagi mengingati peristiwa tersebut pada 
Bulan JUN 260612 , amat sakit untuk terima itulah kenangan pahit pada tahun 2012 selain dari masalah yang lagi berat aku hadapi .  

Walaubagaimana pun tahun 2012 itu juga la datangnya kemanisan selain dari kepahitan yang ada ;)
Kini semangat aku kembali, selepas kekecewaan dan hampir putus asa dalam pelajaran aku :') ,
Terima Kasih capital 'F' *biarah rahsia dan kawan-kawan seperjuangan ;)


Selamat Tinggal Tahun 2012, jadikan segala apa yang berlaku sebagai pengajaran kepada kita dan 
Selamat Datang Tahun 2013, jadikan tahun baru ini dengan penuh azam dan semangat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...