Sunday 30 June 2013

Berkahwin Dengan Bakal Suami Atau Isteri Sudah Telanjur?

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualikum , hari ini entry mungkin agak sensitif atau mungkin ada jugak yang berfikran negatif jadi di sini mohon jangan salah faham kerana hanya untuk berkongsi maklumat sahaja. Wani ada terbaca satu status di FB tentang " Kalau perempuan @ lelaki pernah terlanjur dengan pasangan patut ke bagitahu pada calon bakal suami @ isteri" *kisah silam dengan bekas kekasih atau masih lagi kekasih , okay macam-macam jugak la tengok kat comment ada yang negatif ada yang positif & ada lagi yang kata " perempuan yang kotor untuk lelaki yang jahat" *rasa nak bagi kaki. Jadi wani pun search la sikit blog-blog ustaz dan gama sikit tentang hukum-hukum nya , Jadi ini la yang wani jumpa .. Selamat Membaca

Sebagai seorang yang pernah terlanjur pada masa dahulu dan telah bertaubat kepada Allah swt. Tidak perlulah menceritakan perbuatan tersebut kepada bakal suami atau isteri anda, kerana hal ini sangat mengaibkan diri anda sendiri. Malah ia boleh menimbulkan perasaan kurang baik bagi pasangan anda apabila sudah mendengar cerita ini. Lebih baik disembunyikan sahaja perbuatan tersebut dari timbul pula masalah-masalah baru. Setiap manusia ada silapnya, segala kesilapan yang telah dilakukan cukup bertaubat kepada Allah dan tidak perlu diceritakan kepada orang ramai atau bakal pasangan anda.

Bagi sesiapa yang mengetahui bahawa pasangannya pernah terlanjur dengan orang lain pada masa dahulu, maka anda perlu ikhlaskan diri anda untuk menerima atau tidak, jangan letakkan perasaan kasih sayang dihadapan kerana ia sangat merbahaya pada masa akan datang nanti. Jika berlaku pergaduhan, kemungkinan besar peristiwa ini akan diungkit kembali. Kalau anda menerima bakal isteri atau suami anda dengan hati yang ikhlas atau ingin membimbingnya ke arah jalan yang benar (Islam) maka dipersilakan untuk meneruskan hajat anda, kerana niat anda sungguh murni dan dalam masa yang sama anda telah melaksanakan kerja dakwah dalam rumahtangga anda.



p/s : Tidak ada kena mgena dengan sesiapa hanya nak berkongsi.

Wednesday 19 June 2013

Tafsiran Bertunang

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum , agak lama tidak berblog jadi hari ini nak kongsi sikit la isu tunang ne, 
Bertunang merupakan salah satu perkara yang penting sebelum ke arah perkahwinan, persetujuan antara pihak lelaki dan perempuan,

"Jika salah seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang wanita untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah dikira bertunang walaupun ibubapa wanita itu belum lagi tahu dan kenal akan pihak lelaki. Adakah dikira betunang? Mohon penjelasan."

Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bermula akan makna PINANG dalam Islam atau hukum Feqah. Pinang bermaksud apabila pihak lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan setuju kepada hasrat lelaki tersebut, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.

Uztaz Azhar turut memberikan beberapa contoh peminangan samada melalui panggilan telefon mahupun SMS sebagaimana teknologi yang sedia ada dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Menurut pendapat ini, apabila seseorang wanita itu memberikan jawapan sebagai tanda dia suka dan setuju kepada hasrat tersebut, wanita itu telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut dan sesiapa yang tahu akan perkara tersebut dan masuk meminang pada masa berikutnya, hukumnya adalah haram.

Mengikut penjelasan Ustaz Azhar lagi, apa yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu moden pada hari ini dengan kehadiran rombongan majlis pertunangan dengan membawa hantaran adalah merupakan sekadar adat sahaja dan perkara kedua selepas hukum Islam yang utama.

Persoalan seterusnya mengenai kehadiran atau pengetahuan ibubapa apabila pihak wanita itu menjawab secara bersendiri akan hasrat pihak lelaki, adakah dikira sebagai bertunang juga? 

Dalam menjelaskan hal ini, Ustaz Azhar menerangkan bahawa jika perempuan itu yang persetujuannya sah pada syarak maka dengan ini pertunangan ini adalah sah. Bagaimana yang disebut ulamak sebagai perempuan yang persetujuannya sah pada syarak? Mereka adalah perempuan-perempuan yang waras, perempuan yang telah baligh, perempuan yang cerdik dan perempuan yang boleh membawa diri.

Yang berhajat hanya dengan persetujuan wali atau persetujuannya tidak sah pada hukum syarak antaranya adalah perempuan yang belum baligh, perempuan yang jenis lemah akal fikirannya atau seorang perempuan yang gila.

Apabila mendengar jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus ini, ternyata hukum Islam itu amat mudah dan proses menjejakkan kaki ke alam rumahtangga itu tidak sesukar sebagaimana yang kita bayangkan. Namun begitu, kita dibayangi oleh adat yang terpaksa kita tanggung untuk memenuhi kemahuan keluarga serta menjaga kepentingan pandangan masyarakat yang penuh dengan adat isiadat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...